Pages

Sunday 5 January 2020

BOMBOLONI SERIGGIT?

Assalamualaikum korang,
 
Kalau korang duduk area KL
Dan teringin nak makan benda manis
Sambil minum kopi o,
Ummi nak share satu tempat yang memang best giler!
 
Tempat ni dia jual homemade donut berinti 
Ada orang panggil bomboloni.
Donutnya lembut giler, fluffy
Pastu cream dia pemurah yakmat! 
Ummi dengan Nisaa selalunya beli yang inti nutella, coklat tabur dan strawberi
Campur-campur 10 biji.
Makan berdua pun layan!
Sedar-sedar je dah habis! 
 

Menariknya 
Walaupun donut dia gebu-gebu
Harganya cuma RM1 seketul! 
Berbaloi oii nak borong bawak balik makan-makan dengan keluarga.


Gerai #donatSohor ni 
Beroperasi setiap hari kecuali pada cuti umum
Dari pukul 3.30 petang sampailah donut habis.
Tapi ikut rekod
Selalunya dalam sejam je gerai bukak
Donut kak Raja ni dah licin 😆 
 

Macam mana nak pergi?
Korang boleh waze Santai Cafe Sri Permaisuri 
Kalau nak datang.
Gerai donut ni sederet dengan Santai Cafe
Sebelah gerai payung hijau yang jual sengkuang calit,
Seberang Sekolah Menegah Sains Selangor.  
 

Ada seketul donut tu
Ummi berkenan sangat
Sebab warna dia macam vivix!
Over ummi 😄 
Apapun 
Korang yang dekat-dekat trylah eh.
Nanti share dengan ummi review korang ❤
  
 

 -----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
Follow IG : @chantek.supplimentsite 
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156

Sunday 2 September 2018

Jom Makan Sotong!

Hi & assalamualaikum!
Ummi nak ajak menyotong ni, hihi
Sotong jom!

Kalau korang berjalan ke Melaka,
Selain mesti cuba asam pedas yang sedap,
Korang yang gemarkan seafood
Silalah singgah kedai ni.

Sotong dia bukan je fresh
Tapi gedabak besar!
Dibakar elok je.
Bila makan, sedap!
Langsung tak liat. Serius!



Korang boleh pilih apa je menu korang nak kat sini.
Terbaru
Nak makan style dalam dulang pun ada.


Kot teringin,
Korang boleh pergi sini bila-bila masa.

WARUNG HIJAU ROJAK SOTONG
Lokasi: Kampung Durian Daun
Masjid Tanah, Melaka.

Kalau guna waze ke google maps,
Korang type je nama warung hijau ni,
Terus keluar!
Tapi jangan pergi awal sangat.
Dia bukak petang-petang,
Dari 4.30 hingga 10.30 malam.

Sotong, dia memang sedap yakmat
Tapi kolesterol dia pun tinggi uiiii.



-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
Follow IG : @chantek.supplimentsite 
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156



Thursday 20 July 2017

Jimat Naik MRT!

Assalamualaikum dan hi semua!

Sebab ummi over excited dengan pelancaran semua 31 stesen MRT SBK line kelmarin, ummi paksa jugak diri menulis kat sini lepas lama menyepi, hahah.
Haruslah ummi seronok, sebab perjalanan ummi pergi ofis jadi makin senang!
Tren berhenti terus depan pintu ofis, best lah kan,hihihi
Alhamdulillah 😎


PALING LAJU


Serius! Sebagai pengguna pengangkutan awam tegar kat Malaysia nih, kelajuan MRT ni memang tahap terbaik! Laju dia up to 94km/hour. Bayangkanlah drive dengan kelajuan begini tanpa perlu hadap traffic jammed atas laluan khas untuk diri sendiri je, tak berebut dengan kenderaan lain, fuhhh!
Tu belum campur lagi dengan jimat banyakkk sangat masa menunggu. Penumpang dah tak perlu lagi lompat banyak kenderaan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. 
Kekerapan tren pulak adalah setiap 3.5minit pada masa puncak. Memang berbaloi! 


COOL FACILITIES 



Seat dan kawasan berdiri dalam MRT adalah lebih luas berbanding LRT. Ummi memang suka ni! Tak adalah sampai kena main pijak-pijak kaki nak berebut masuk tren 😂 
Design setiap stesen MRT dan tempat duduk pun berbeza-beza. Canggih dan konsep dia cool! Dah macam ala-ala airport pun ye jugak.
Surau dan tandas yang disediakan besar dan selesa. *moga tahap kebersihannya terus terjaga walaupun dah lama nanti.

BANYAK TARIKAN



MRT ni kalau dia tak lalu terowong bawah tanah, laluan treknya boleh tahan tinggi. Jadi kalau naik MRT ni feel dia macam naik tren sambil tengok view yang cantik-cantik terutama sekitar Kuala Lumpur ke Damansara.
Dah cuci mata tu,
Terus boleh cuci dompet jugak sebab MRT ni kebanyakkannya memang dekat dan walking distance je dengan shopping mall 😍




TAMBANG AFFORDABLE


Untuk ummi personally, ummi boleh jimat dalam RM10 sehari tambang ke tempat kerja. Untuk segala penjimatan masa dan tenaga, naik MRT memang berbaloi.
Sehingga 31 Ogos 2017, penjimatan berganda-ganda!
50% OFF
Apalagi, #jomnaikMRT !




-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
Follow IG : @chantek.supplimentsite 
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156

Tuesday 6 December 2016

Woww! SPF 50+ Paraben Free!

Assalamualaikum dan hi! :)

Hari ni nak reveal krim best yang ummi guna ;)
Kalau yang memang kenal ummi, tau lah ummi ni cerewetnya camna. 
Tapi kenalah cerewet kan? Lagi-lagi benda yang kita nak sapu kat muka ;p
Selain dari bahan-bahan,
ummi telek jugak kesesuaiannya, selesa ke tak selesa bila pakai, senang ke bila dah apply.
Iyelah, ummi ni perangai
Rimas dengan benda-benda yang merenyahkan aka melambatkan pergerakan agagaga.

MUDAH


Betul! Hanya dengan sekecil 1 biji kacang hijau, krim ni senang sangat diratakan. SENANG ok. Tak melekit-lekit, berminyak sangat pun tak jugak! 
Ummi sapu dia je, pakai lip balm sikit dah siap untuk keluar ;)
Kalau yang rajin mekap, pun tak jadi masalah. Dah ratakan krim ni, boleh terus apply mekap korang, mesti tampak lebih rata, lebih cantik kebabom <3 
Paling penting, tolong lindung kulit kita dari sinar yang merosakkan. Haa gitu.


RINGAN



Bukan je beri natural effect, tapi struktur dia ringan giler! Pahsan macam tak pakai krim pun, sebab dia mudah serap bila kita sapu ke muka. 


BERSIH



Bahan-bahannya semulajadi. Even bila pakai, tudung pun takdela comot-comot tinggal kesan kuning-kuning. Tona muka nampak lebih sekata..bercapuk-capuk tu, memang takde!


MESRA WUDHU'



Tak perlu susah-susah nak guna makeup remover bila nak amik wudhu' tau. syok kan? hihi. Melainkan korang ada tambah mekap, tu haruslah dibersihkan dulu ye :)


LEBIH SEKADAR FOUNDATION



Ia lebih dari sekadar bedak asas. 
Dia lah jugak sunblock, SPF 50+
Pelembab,
Krim anti penuaan.
Bantu kurangkan kesan parut
Dan pudarkan jeragat.
Kulit nampak lebih gebu, dah tak kusam. 

.
.
.
.
.
.

Ini dia ummi perkenalkan, CELL-FI PRO CREAM



Harga asal Cellfi Pro ni RM89.90. 
Coppp!
Ada HARGA SPECIAL sekarang.
Rugi tak try!
Whatsapp 
012-796 4156
012-796 4156
012-796 4156

*tips untuk kulit lebih cantik luar dalam, ambil ESP dengan vitamin C sekali, baru ngam!



-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
Follow IG : @chantek.supplimentsite 
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156

Tuesday 22 November 2016

Kulit Kering, Senang Jeragat!


Assalamualaikum dan hi korang!

Lama betul tak update blog nih, hahah. Ni nak cerita ni, ntah macam mana hari tu boleh terjebak pergi spa, pastu terbuatlah facial treatment sekali dengan skin test. Mesin dia macam ala-ala tempat nak check power spec mata. Cuma perlu letak dagu dan muka kat corong mesin tu, pastu muka kita akan appear kat skrin komputer doktor. Serius canggih okay!
Detail se'detail' detailnya. Nampaklah segala bintik, tompok apakebenda yang ada kat muka tu,hahaha.


Pastu doktor tu terangkanlah apa maksud gambar dengan segala carta yang muncul. Yang ummi ingat graf bar warna hijau tu maksudnya level yang sepatutnya a.k.a okay bagi peringkat umur yang kita rekodkan. Yang bar warna oren tu, level sebenar kulit muka kita. 
Macam dalam gambar atas ni, tengah fokus pasal liang roma (pores). Doktor cakap, kulit quite good, semua bawah dari bar hijau tu. Kira macam awet muda jugakla, haha, perasan. Cuma bahagian T-zone terutamanya dahi tu, liang roma dia agak besar. Masa doktor cakap macam ni, ummi cool lagi. Nak harap lagu mana kalau memang ummi jarang sangat memanjakan muka, hmm.
Pastu doktor tanya lagi, sekarang ni guna facial set apa? Ummi pun jawablah dengan jujur, guna shaklee punya cleansing gel. Doktor tanya lagi, pakai mekap ke, pakai apa lagi kat muka? Alahai, rasa macam anak remaja pulak, sebab memang pakai sebotol ni je la hari-hari =.=


Pelembab, sunscreen pakai tak? agagaga, ummi tak rajin. So memang hari-hari keluar rumah pun memang naked face. Paling-paling pun, pakai lip balm. Lepas tu, bermulalah sesi tadah telinga.
Masa tu ada dua doktor sekali dengan kitorang. Kata doktor, pencuci muka dengan toner ibarat suami dan isteri. Kena guna dua-dua, kalau tak, tak lengkap. 
Malam, pakai moisturizer. Sebab skrin tu tunjuk kulit ummi ni jenis kering. Siang kena pakai sunscreen, paling bagus kalau dapat yang SPF50 tu. 
Benda-benda ni bukan tak pernah tahu. Cuma tak ambil berat =.=' 
Tapiiii, 
Bila doktor tunjuk bintik-bintik yang ada dan cakap yang ada tompok-tompok pigment baru yang nak memunculkan diri kat hidung, ummi rasa macam dup! tersekat nafas kejap.
Sebab masalah pigmentasi ni memang menakutkan okeh. Kalau jerawat, sekurang-kurangnya rajin makan vitamin, ia boleh menghilang. Tapi kalau jeragat?
Lamaaaa kot nak settlekan.
Jeragat lebih degil dari jerawat.
Dia naik senyap-senyap. Kita tak perasan sampailah bila kita terperasan, ia agak sudah terlewat.

Keluar je dari spa tu, terus google sunscreen yang terbaik dan selamat, yang lebih natural gituuu.

*doktor tu tanya, shaklee tu yang air soya tu kan? ESP uolls! hihih


-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
Follow IG : @chantek.supplimentsite 
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156