Pages

Friday 25 September 2015

Untung Bayar Guna Kredit Kad!

Assalamualaikum dan hi!
Sebenarnya saya nih jenis traditional sikit...Tak suka hutang-hutang, kredit kad semua tu.
Nih yang jenis kredit kad tu, cuma untuk guna masa kritikal, macam bila kena masuk hospital ke, book flight ticket ke atau masa nak subscribe apa-apa yang tak terima cash/debit kad. Yela, tak suka kalau ada unnecessary charge! *budak akaun kan :p
Rupanya saya silap percaturan! 

Sunday 13 September 2015

Nisaaa, Tidurlah Nisaa!

Nisaa, seperti kanak-kanak seusianya, sangat aktif!
Dari siang sampai ke malam, bermain tak henti. Rutinnya, masa hari bekerja, kami selalunya berjumpa bila hari dah malam. Kalau ummi sampai rumah jam 9 malam, nisaa masih ligat dengan kerenahnya. Mungkin demi sedikit perhatian :( *ni point utama ummi nak jadi WAHM, doakan!

Masa kat rumah je yang ummi boleh duduk depan laptop untuk menulis *fon ummi tak berkapasiti tinggi lagi =.='  dan masa ini jugalah nisaa akan sambung main, dan main lagi. Selagi ummi berjaga, selagi itulah nisaa akan sibuk dengan imaginasinya. Ye, memang bagus. Itu petanda sel-sel otaknya sedang berhubung. Tapi, dah malaammm.
Esok nisaa perlu ke tadika!

Punyalah cari dan jenuh mencuba, rasanya ni antara tips yang praktikal ummi jumpa. Mungkin juga sesuai untuk rakan-rakan yang ada anak berumur lima ke enam tahun, siapa tahu?

5 Tips nak latih anak-anak Tidur Dengan Lebih Awal

1. Tutup TV/Gadget 2 Jam Sebelum Waktu Tidur



Ada kajian yang menunjukkan cahaya dari skrin TV atau ipad boleh mengganggu penghasilan hormon melatonin. Hormon ni, kalau ia di paras yang sangat tinggi, orang tersebut akan rasa mengantuk dan nak tidur pun senang je, tak payah paksa.
Lagipun, bila dah padam TV semua, suasana pun jadi tenang dan lebih santai :)

2. Wujudkan Suasana Tempat Tidur Yang Menarik, Sesuai dan Selesa



Boleh pasang lampu tidur kalau ada. Macam kami, padamkan je lampu, biar bintang-bintang yang nisaa tampal kat dinding tu menyala sendiri. Pastikan jugak kipas/aircond berfungsi dengan baik.

Kalau anak dah ada tempat tidur sendiri, berilah peluang untuk anak pilih alas tilam/bantal/stokin tidur mereka sendiri. Barulah semangat anak nak masuk tidur!
Ummi selalu akan minta nisaa pakai stokin bila dah duduk kat katil. Taklah risau kaki nisaa sejuk dek selimut yang terbang entah ke mana bila dah tidur ;p

3. Pastikan Anak Dalam Keadaan Kenyang



Paling elok kalau anak ada rutin masa makan yang sama setiap hari. Tapi kalau anak yang jenis picky eater, sebelum masuk bilik tidur, pastikan anak dah kenyang agar boleh tidur dengan tenang. Macam nisaa, ada masa dia nak roti bakar, ada masa nak telur separuh masak, kadang nestum/oat pun dah okay. Kalau anak yang jenis minum susu, boleh bancuhkan susunya dulu. Minum susu, pastu terus tidur, lagi mudah :)

4. Bercerita/Berbual Sebelum Tidur



Ummi kalau tengah penat, tak membaca pun. Sekadar berborak-borak atau cerita je kisah pengajaran yang selalu ummi dengar masa kecik-kecik dulu, pastu kaitkan dengan nisaa. Tapi korang kena pandai habiskan cerita tau, sebab selalunya kanak-kanak sebaya nisaa ni, rajin sangat bertanya! Nanti sampai ke pagi ceritanya tak habis, hahah.

Elok jugak selitkan doa' siap sebut nama mereka depan-depan, macam "nisaa jadi baik tau selalu. Barulah semua orang sayang. Allah pun sayang! kalau Allah sayang nanti Allah beri apa kat kita?" Haa, korang mesti lagi pandai kannn ;)

5. Bacakan Surah Pendinding dan Doa' Tidur



Selalunya nisaa akan berlumba-lumba nak baca doa' tidur *nak tunjuk kat ummi yang nisaa dah hafal. Pastu ummi akan baca surah-surah ni sekadar boleh didengari dengan jelas oleh nisaa
- al-Fatihah
- Ayat Kursi
- An-Nass (3 x)
- Al-Falaq (3x)
- Al-Ikhlas (3x)
Secara tak langsung, bila hari-hari dibacakan, anak akan dapat menghafalnya dengan senang :)

Korang ada tips lain?
Jom share! :)


Ainul
Ummi Nisaa


Pokok Ajaib?

Pokok ni tak lah tinggi melangit.
Tapi
kat Malaysia tak ada.
Ia hanya tumbuh di negara yang kering cuacanya,
Sudan.


Inilah Pokok Acacia!
Getah yang keluar dari pokok inilah yang membuatkan pokok ini sangat berharga.
Getahnya yang telah keras dipanggil, Manna
Atau lebih dikenali sebagai Gam Arab (Arabic Gum)/Acacia Gum.

pic googled
Gam Arab adalah sumber fiber yang terbaik sebab ia 90% larut dalam air, walaupun pada suhu bilik! Ini menjadikannya bagusss sangat untuk sistem penghadaman. Ia bantu proses pembersihan usus, melarut dan membakar lemak yang berlebihan dalam badan, meningkatkan kadar metabolisme dan memastikan sistem badan berfungsi dengan lebih baik.

Bersifat anti-radang, Gam Arab ini  mampu meredakan jangkitan dalam mulut dengan menghasilkan lapisan perlindungannya sendiri. Sebab tu di kalangan orang-orang terdahulu, ia biasa digunakan untuk merawat luka, sakit mulut, tekak, resdung dan selsema.

Ia turut bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-bakteria, dalam mengawal bakteria jahat dalam mulut yang boleh mengakibatkan sakit gusi dan mengurangkan karang gigi (plaque).

Acacia Gum juga sumber terbanyak prebiotik - membantu bekalkan makanan untuk bakteria baik dalam usus. Orang yang sembelit, buasir, najis berdarah mahupun cirit-birit dengan mudah dapat manfaat darinya.

Kemampuannya dalam meningkatkan imun dan daya tahan telah dibuktikan. Kini, ia turut mendapat perhatian sebagai sumber alternatif untuk membantu pesakit gout, buah pinggang, kencing manis, radang usus, sakit kulit dan obesiti.


Arabic Gum dari pokok acacia ini merupakan sumber serat paling selamat tanpa kesan sampingan yang buruk. Ia sumber serat semulajadi yang paling semulajadi!

Ajaibkan? Hanya dari satu pokok, Dia jadikan banyakkk sangat manfaatnya :)


*Acacia Gum adalah antara bahan yang ada dalam mealshakes, suppliment terbaik untuk kanak-kanak.



-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156

Saturday 12 September 2015

Overnight Oat Yooo~

Assalamualaikum dan Hi!

Sekarang ni dah mula jatuh cinta dengan overnight oat! Serius sedappp!
Ini antara resepi terbaik untuk orang yang berdiet tau, hihi. Nak buat pun senang :)
Kalau tengok gambar-gambar, memang terliur!


pic: googled

Bahan-bahannya;
1. Oat
2. Susu Low Fat
3. Yogurt Asli
4. Buah-buahan (Strawberry, Anggur atau apa je yang berkenan di hati)

Seeloknya kita buat masa malam.
Letak 3-4 sudu oat kering dalam bekas.
Pastu tuangkan susu kotak tu *saya guna HL Low Fat Milk, sampai oat tenggelam sepenuhnya dan lebihkan sedikit ye (oat akan serap susu tu nanti).
Kemudian, letakkan 1-2 sudu Yogurt Asli, tutup bekas dan biarkan ia semalaman dalam fridge.


pic: injohnnaskitchen
Pagi esoknya, nak sarapan, buka je fride, ambil bekas semalam tu,
taburkan buah-buahan segar yang dah dipotong kedalam tu (mat saleh suka campur buah tu siap-siap masa malam. Tapi saya suka yang segar ;p ikut korang suka macam mana je lah ye,hihi )
Sedia untuk dimakan!

My version. Gambar pecah. Nak hp baru pleaseee
Oat juga baik untuk sesiapa yang ada masalah kolesterol tau. 
Boleh baca SINI.
Tapi kalau korang nak lagi senang, bancuh je cinch shake tak pun, ESP. Lagi pantas!
Yang penting, jangan skip makan pagi ye.

Selamat bersarapan! :)
Love~
Ainul
Ummi Nisaa


-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156

Sunday 6 September 2015

5 Golongan Yang Pasti Jatuh Cinta Dengan ESP

Demam ESP start dahhh.
Makin lama makin ramai yang tergila-gilakannya. Soya NON-GMO ni dahla sangat sedap, side effect dia tu lagilah tak menahan!

Siapa yang sukakan ESP?

1. Ibu Hamil Yang Mabuk/Morning Sickness Teruk


Kandungan protein yang lengkap dengan 9 asid amino penting membantu ibu hamil;
- rasa lebih bertenaga
- penyerapan vitamin menjadi lebih berkesan
- menguatkan rahim dan plasenta. Fetus membesar dengan lebih sihat
- memastikan kesihatan ibu di tahap optimum tanpa diabetis
- Kulit ibu dan bayi lebih bersih dan cantik

2. Wanita/Lelaki Yang Pentingkan Kecantikan


Pencemaran, radikal bebas, aircond, sinar UV antara penyebab kulit kita kelihatan kusam dan bermasalah.
Sel-sel kulit ini perlu diperbaharui. Nutrient yang paling berperanan dalam membaiki dan memperbaharui sel/tisu yang rosak/mati adalah protein.
Sebab tu ramai penggemar ESP rasa perbezaan kat kulit bila konsisten minum;
- kulit jadi lebih halus, licin dan cerah berseri
- pori-pori/lubang kat kulit makin mengecil
- kedut berkurangan, kulit lebih anjal
- tiada lagi kulit kering dan kusam


3. BF Mommy Yang Nak Diet

pic googled

Ni yang paling best pasal ESP tau! Ia selamat dan takde hal untuk ibu yang masih menyusukan anak minum ni. In fact, lagi bagus sebab dua-dua dapat manfaatnya. 
Susu yang dihasilkan insyaAllah lebih pekat dan kaya dengan hindmilk. Jadi, baby lagi puas minum dan kenyang. Taklah bergayut lama dengan ibu dia, tidur pun lebih nyenyak.

ESP turut menyokong proses turun berat badan ibu secara sihat dan semulajadi. Iyelah, protein kan membantu meningkatkan metaboliseme. Ditambah G.I (Indeks Glisemik) yang rendah - G.I untuk ESP, 39 ia sangat sesuai untuk orang yang berdiet.

4. Orang Yang Sibuk/Workaholic


Manfaat utama ESP, ia memberi tenaga segera, sekaligus membantu kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Kot selalu ada masalah cepat lupa, sukar nak fokus masa nak buat kerja/belajar, bancuh je esp ni :)

5. Pengidap Gastrik


ESP mempunyai kandungan asid amino perlu yang membantu menghasilkan hormon, antibodi, jus penghadaman dan enzim. Sistem pencernaan kita dapat berfungsi dengan lebih baik apabila ada unsur protein dalan perut. Haa, nampakkan pentingnya protein ni?

Kacang soya yang special ni juga bersifat alkali. Ia mampu bantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kelenjar perut pengidap gastrik. 
Simptom gastrik;
- pedih perut
- muntah-muntah
- sebu/tak selesa perut, rasa berangin
- takde selera makan

Ramai yang dah minum, terus jadi setia!
Bancuh ESP hari-hari. Makin banyak kebaikannya. 
Takkan nak tengok je?
Grab sementara offer!


WA/SMS AINUL
012-796 4156

Saturday 5 September 2015

Make A Move Ummi!

Assalamualaikum dan hi!

Bersemangat ummi dengan nisaa bangun pepagi hari ni. Ummi ada misi penting! Nisaa pun sebenarnya ada aim bila volunteer nak teman ummi - nisaa nak main! hihih
Jadi di sinilah kami bermula. Pergi sekolah ummi naik komuter ;p


Kami sampai FaizWorld ngam-ngam sebelum kelas bermula. Ummi baru nak on komputer, nisaa dah berlari ke playroom!
Ohh, part ni lah yang paling nisaa suka bila ikut ummi pergi training. Sangat mesra keluarga! Senanglah kan, lelagi kalau ibu yang masih ada anak kecil yang menyusu badan. Taklah ralat nak pergi belajar.

Setelah lama tertangguh, dapat jugak ummi join kelas blogging. Ummi gugup sebenarnya. Kelas ni memang hands on punya style. Kena terus buat blog, buat posting masa tu jugak! Haaa, memang kecut perut. Tapi alhamdulillah, walau kiri kanan ummi ramai otai blogger, mereka sangat supportive, cikgu yang ajar pun ohsem!
Banyak ilmu baru ummi dapat. Nak balik, dapat pulak vitamin free! Alhamdulillah *senyum sampai telinga!

Moga ini menjadi permulaan yang baik insyaAllah.
Salam perkenalan :)
Ikhlas dari

AINUL
Ummi nisaa

Unless you flap your wing, You will never know how high you can fly.