Pages

Saturday 12 September 2015

Overnight Oat Yooo~

Assalamualaikum dan Hi!

Sekarang ni dah mula jatuh cinta dengan overnight oat! Serius sedappp!
Ini antara resepi terbaik untuk orang yang berdiet tau, hihi. Nak buat pun senang :)
Kalau tengok gambar-gambar, memang terliur!


pic: googled

Bahan-bahannya;
1. Oat
2. Susu Low Fat
3. Yogurt Asli
4. Buah-buahan (Strawberry, Anggur atau apa je yang berkenan di hati)

Seeloknya kita buat masa malam.
Letak 3-4 sudu oat kering dalam bekas.
Pastu tuangkan susu kotak tu *saya guna HL Low Fat Milk, sampai oat tenggelam sepenuhnya dan lebihkan sedikit ye (oat akan serap susu tu nanti).
Kemudian, letakkan 1-2 sudu Yogurt Asli, tutup bekas dan biarkan ia semalaman dalam fridge.


pic: injohnnaskitchen
Pagi esoknya, nak sarapan, buka je fride, ambil bekas semalam tu,
taburkan buah-buahan segar yang dah dipotong kedalam tu (mat saleh suka campur buah tu siap-siap masa malam. Tapi saya suka yang segar ;p ikut korang suka macam mana je lah ye,hihi )
Sedia untuk dimakan!

My version. Gambar pecah. Nak hp baru pleaseee
Oat juga baik untuk sesiapa yang ada masalah kolesterol tau. 
Boleh baca SINI.
Tapi kalau korang nak lagi senang, bancuh je cinch shake tak pun, ESP. Lagi pantas!
Yang penting, jangan skip makan pagi ye.

Selamat bersarapan! :)
Love~
Ainul
Ummi Nisaa


-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156

No comments:

Post a Comment