Pages

Tuesday 22 November 2016

Kulit Kering, Senang Jeragat!


Assalamualaikum dan hi korang!

Lama betul tak update blog nih, hahah. Ni nak cerita ni, ntah macam mana hari tu boleh terjebak pergi spa, pastu terbuatlah facial treatment sekali dengan skin test. Mesin dia macam ala-ala tempat nak check power spec mata. Cuma perlu letak dagu dan muka kat corong mesin tu, pastu muka kita akan appear kat skrin komputer doktor. Serius canggih okay!
Detail se'detail' detailnya. Nampaklah segala bintik, tompok apakebenda yang ada kat muka tu,hahaha.


Pastu doktor tu terangkanlah apa maksud gambar dengan segala carta yang muncul. Yang ummi ingat graf bar warna hijau tu maksudnya level yang sepatutnya a.k.a okay bagi peringkat umur yang kita rekodkan. Yang bar warna oren tu, level sebenar kulit muka kita. 
Macam dalam gambar atas ni, tengah fokus pasal liang roma (pores). Doktor cakap, kulit quite good, semua bawah dari bar hijau tu. Kira macam awet muda jugakla, haha, perasan. Cuma bahagian T-zone terutamanya dahi tu, liang roma dia agak besar. Masa doktor cakap macam ni, ummi cool lagi. Nak harap lagu mana kalau memang ummi jarang sangat memanjakan muka, hmm.
Pastu doktor tanya lagi, sekarang ni guna facial set apa? Ummi pun jawablah dengan jujur, guna shaklee punya cleansing gel. Doktor tanya lagi, pakai mekap ke, pakai apa lagi kat muka? Alahai, rasa macam anak remaja pulak, sebab memang pakai sebotol ni je la hari-hari =.=


Pelembab, sunscreen pakai tak? agagaga, ummi tak rajin. So memang hari-hari keluar rumah pun memang naked face. Paling-paling pun, pakai lip balm. Lepas tu, bermulalah sesi tadah telinga.
Masa tu ada dua doktor sekali dengan kitorang. Kata doktor, pencuci muka dengan toner ibarat suami dan isteri. Kena guna dua-dua, kalau tak, tak lengkap. 
Malam, pakai moisturizer. Sebab skrin tu tunjuk kulit ummi ni jenis kering. Siang kena pakai sunscreen, paling bagus kalau dapat yang SPF50 tu. 
Benda-benda ni bukan tak pernah tahu. Cuma tak ambil berat =.=' 
Tapiiii, 
Bila doktor tunjuk bintik-bintik yang ada dan cakap yang ada tompok-tompok pigment baru yang nak memunculkan diri kat hidung, ummi rasa macam dup! tersekat nafas kejap.
Sebab masalah pigmentasi ni memang menakutkan okeh. Kalau jerawat, sekurang-kurangnya rajin makan vitamin, ia boleh menghilang. Tapi kalau jeragat?
Lamaaaa kot nak settlekan.
Jeragat lebih degil dari jerawat.
Dia naik senyap-senyap. Kita tak perasan sampailah bila kita terperasan, ia agak sudah terlewat.

Keluar je dari spa tu, terus google sunscreen yang terbaik dan selamat, yang lebih natural gituuu.

*doktor tu tanya, shaklee tu yang air soya tu kan? ESP uolls! hihih


-----------------------------------------------------------------------

AINUL
ainulnisaa.blogspot.com
Follow IG : @chantek.supplimentsite 
supplimentsite@gmail.com
SMS/Whatsapp +6012-7964156